Blogger Widgets

check it out

Pages

Teruskan..perjuangan..hingga ke akhirnya..
Andai kau gugur..
Andai kau syahid.. Kau diredhai-Nya…” Bait-bait lagu Brothers.. “Satu Perjuangan” mengingatkan aku sekali lagi kepada seseorang…seseorang yang bergelar sahabat..suatu masa dahulu..argh,lima tahun telah berlalu… kini Ramadhan menjelang kembali….namun kenangan semalam takkan berulang…..cepat sungguh masa berlalu…terasa semacam baru semalam aku baru mengenalimu… “Assalamualaikum….oit..sesaja jer kaco ko…esok exam, beb…good luck,kay?” pesannya…yup. Dinamik dan kawalan proses Susah sungguh subjek itu..ditambah pula dengan pensyarahnya yang sungguh bertenaga,Dr.Azlan… “Subjek nih tak der la ..susah sangat, Cuma aku rasa..kene buat latihan selalu jer….” “Ko senangla cakap..ko scorer aper…” “Oit, jangan cakap gitu…mana ko tahu…mana terrornya pun aku nih..hampeh jer..” Itulah Syuhada,sahabat yang kukenali..cukup merendah diri dan ceria orangnya Sebelum ini,ketika tahun satu dan dua dulu,aku tak terfikir akan menjadi rakan karibnya.Sikapnya yang agak memencilkan diri dan kurang bercakap.Kalau datang kelas, dia hanya duduk di belakang, itu pun kerap lewat.Dengarnya dia datang menaiki bas. Aku pula, walaupun ada motor, selalu juga lewat. Manusia selalunya lupasyukur..suh dapat nikmat..tidak diguna sebaik mungkin… Alamak..ada kerja kumpulan rupanya. Si Iqbal dan Din rupanya sudah sudah sepakat dengan kumpulan Fakhrul, aku dengan siapa pula ? “Ko masuk group kitorang….senang..cukup aa…4 orang…” Adoi.Kenapalah aku dipasangkan dengan budak ini ? Rungutku sendririan.Tentu leceh bekerja dengan perempuan! Sudahlah begitu, hanya aku sahaja lelaki dalam kumpulan itu. Mahu tidak mahu..aku gagahkan juga diriku, walaupun jauh di sudut hatiku aku kebetaran bekerja dengan kaum yang satu ini. Malam itu,aku bertungkus lumus menyiapkan Program Matlab, walaupun nilai PID tidak berubah.sudah rentu aku akan mempamerkan yang terbaik di mata mereka. Keesokan paginya,fail kerjaku yang telah kuusahakan hilang..mana peginya? Aahh..sudah…jangan-jangan hilang…TIDAK!!! “Maaf lah..Syuhada…aku buat malam tadi…tapi ilang lak..failnya…” Rasa tidak puas hati jelas terbayang pada wajah Fidzah dan Siti. rasa bersalah mula bersarang dihati. Memang aku kerap ambil mudah akan kerja berkumpulan begini. Jika ada pun, kubuat di saat akhir atau sambil lewa. “Syuhada…mana aci cam nih? Kitorang buat elok2 siap semalam..kiter patutnya antar arie nih..hari nih kan date due dia? Kalo lambat..apa plak kater Dr.Azlan…kang “…ujar Siti sambil memberi jelingan maut pada aku..adoih la..kene lagi…!!! Kulihat Syuhada cuma mendiamkan diri. Disebabkan aku,tergendala semua kerja. “Tak apa la…korang balik la dulu…nanti aku jumper Dr. Azlan…nanti aku cuba bincang ngan dia…insya-Allah tak der apa2 ,kot..” Syuhada tersenyum pahit. Dalam keadaan kritikal begini..dia pandai mengawal keadaan, tanpa emosi.Serta merta perasaan kagum mula mencuri hati ini. “Syuhada..aku mintak maaf la…aku ..” “Tak apa la..Amirul…ko balik la dulu..apa2 hal aku contact ko…” Disebabkan usaha Syuhada,dapatlah kumpulan kami melewatkan tarikh penyerahan assignment. Alhamdulillah,nampaknya kerja aku makin mudah, kerana Syuhada sering membantu. baik juga hatinya, tidak seperti anggapanku. mungkin aku patut minta maaf daripadanya. Begitulah detik pertama perkenalan kami. Sejak peristiwa itu…hubungan kami semakin intim. hal ini mungkin tidak disedari rakan sekuliah yang lain. ini kerana, ketika di kuliah kami hanya mampu tersenyum tanpa sebarang kata-kata. Tapi jauh dari itu, dialah tempat aku berkongsi masalah. Pelajaran,keluarga, semuanya ku ceritakan padanya, Sepanjang persahabatan,aku cuma menganggapnya hanya sebagai sahabat.Sahabat yang cukup memahami dan amat mengambil berat. Dia jugalah sahabat yang banyak mengingatkan aku pada tanggungjwab sebenar. “Ko jangan gitu, Amirul..mender2 nih..anggap jer cubaan…biasa la..fail ujian..aku pun penah…ala..buat selamber ajer la…ini baru ujian jer,bukan exam sebenar….at least ko fail sekarang..ko tau la..kelemahan ko….nanti senang la..biler study utk final nanti…ko dah kenalpasti mana yang ko jahil…kan? Jangan lah susah hati..setiap yang berlaku..ader hikmahnya….Allah lagik tahu,kan?” Aku masih mengingati kata-kata Syuhada. Saat itu aku gagal seteruknya..… “Ko tak nak balik kampung?”….pernah aku mengajukan soalan gitu padanya. hairan juga aku. Di kesibukan orang lain mendapatkan tiket untuk pulang, dia hanya berlagak biasa. Mendung serta merta wajahnya. Tidak pernah aku melihat wajahnya sebegitu rupa. Baru tadi dia menghulurkan senyuman pada aku. “Hmm….tak apa la..kasik peluang korang2 balik kampung…kang aku balik kang abis lak bas…camana la…penuh lak bas…sian lak!” Bagiku itu hanya alasan yang tidak munasabah… Daripada rakannya, Siti barulah kutahu,Syuhada anak yatim piatu. Ya Allah, aku yang sudah lama menjadi rakannya tidak tahu langsung latar belakangnya. “Jom aa…balik kampung sekali aku…kan mudah tuh? Senang jer…ko tumpang jer…keta aku….” Kataku, walaupun sebenarnya aku mana ada kenderaan. “Er…syukran ajer la..Amirul…tak aper la…lagikpun tak sempat kot aku beraya..aku nak gi jauh nih…” “Ko nak gie mana?” “Entah la…tapi yang pasti..tempat tuh lagik best dari sini…” Ke mana? Aku tertanya-tanya. “ HIDUP INI HANYA SEKALI SEKALI BEERTI BUKAN DUA, TIGA ATAU… KEHIDUPAN DI DUNIA JUGA SEKALI, KEMATIAN JUGA SEKALI, KEHIDUPAN AKHIRAT JUGA SEKALI, SEKALI BERERTI AMAT DIKEJAR, SEKALI BERERTI AMAT DISAYANGI, SEKALI BERERTI SATU, SATU BERERTI ESA.. ESA ITU HANYALAH ALLAH… Semua yang dikejar untuk allah.. KITA HANYA MENGHARAPKAN ALLAH YANG ESA..” Terasa sesuatu yang tidak kena pada sajak sisipan Syuhada. Terlalu dalam maksudnya. Mungkin pada sesetengah orang, ia membawa maksud biasa tapi padaku lain benar maksudnya… “La…apa yang dihairankan….biasa ajer kan…sajak aku tuh…?… Ko nih manyak berfikir la..Amirul…betul la…kan?”
“Idup hanya sekali…kematian pun hanya sekali…
so…kalo dah tahu hidup nih cuma sekali… ia umpama..satu peluang keemasan untuk kiter..berbakti pada-Nya… menghambakan diri pada-Nya…manjalankan tanggungjawab kita pada-Nya…” “Aku cuma nak ingatkan diri aku dan ko…sebagai sahabat, aku kalo bleh nak jadik sahabat yang baik…sahabat yang sentiasa mengingatkan sahabatnya… tentang kewajipan kita terhadap Raja segala Raja..iaitu Allah… sekurang2nya…walaupun aku tak leh tolong ko dari segi material… aku bleh sumbangkan sesuatu..iaitu peringatan pada ko…” “Amirul..ko ader tanggungjawab…ko anak sulung…kene selalu get ready.. hidup kita..tanggungjawab kita…jalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin… jadi lah..anak yang soleh…ko ader peluang, parents ko masih hidup…. berbakti la pada diorang…jadik la…abang yang bertanggungjawab.. yang disayangi adik2… sebab..sebab satu hari nanti..allah akan tanya balik… pada kiter apa yang telah dipertanggungjawabkan pada kita…kene ingatlah selalu…” Aku terdiam sejenak. Merenung dalam-dalam kata-kata Syuhada kali ini. Tiba-tiba sayu pula hati ini. Entahlah..sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata. Suasana hening seketika. Tidak kusangka inilah kali terakhir aku bertemu dan berbicara dengannya. Ketika itu, cuma ada beberapa pelajar Cina dalam bilik kuliah. Ketika itu aku berdiri tidak berapa jauh di hadapannya yang ketika itu sedang duduk di kerusi. Agak lama juga aku terpaku hinggalah Iqbal muncul. “Salam…hey…sini ko ek?? Eh..Amirul aku phone ko…bakpo awal sangat ko kuar? Aha…mesti ader janji nih..korang nih..” Memandai saja si Iqbal. Kulihat wajah Syuhada merah padam. mungkin dia malu. Aku pula dengan cepat mengawal keadaan… “Ah..sudah2….jangan nak fitnah orang tak tentu pasal….kebetulan jer tau? Aku kuar awal nak bayar bil elektrik la…kang kene beratur panjang lak.. lambat lak aku datang kelas..sapa yang rindu? Ko gak..kan?” Menang Iqbal tidak boleh dibiarkan. nanti lain pula jadinya. silap-silap boleh menimbulkan fitnah. tentu Syuhada bertambah malu. Aku tersenyum sendiri. boleh tahan juga Syuhada. sudahlah cantik, baik hati dan pandai menjaga diri. memang sesuai dijadikan calon isteri. “Shhyyttt…oih…Dr. Rosmani dah datang la…!!!!” Astaghfirullahalazim, jauh pula fikiranku menerawang. Pulang ke kampung menjadikan aku lebih sunyi. Selain adik-adikku, tiada siapa lagi di rumah. mak dan ayahku sudah pun keluar bekerja. Pun begitu memang seronok menyambut Ramadhan di kampung…. Serta merta aku teringatkan Syuhada. bagaimana dia sekarang. Dengar khabar dia akan menyambut Syawal di Selayang, rumah keluarga angkatnya. walaupun aku telah memberikan nombor telefonku padanya, Syuhada tidak pernah cuba menghubungiku. adakah sesuatu terjadi padanya ? 11 October 1996… “Amirul..aku nak kasik ko satu news nih…ko jangan terkejut lak…tenang…” “Apa?” “Kawan kiter…Syuhada…Syuhada dah tak der…dia meninggal pagi Jumaat semalam… aku nak called ko..tapi…” Tiba-tiba gagang telefon yang kupegang terlepas. Allah…Syuhada…Syuhada….innalillah… 28 November 2001… Kini kenangan cuma tinggal kenangan…sungguh tidak kusangka.. disebalik wajah yang ceria tersimpan seribu satu kisah yang tidak mungkin bisa ditanggung oleh sembarangan orang. Rupanya sudah 3 tahun Syuhada menderita sakit kanser perut, tidak siapa pun yang tahu, walaupun aku rakan karibnya. Ya Allah. Patutlah selama ini dia asyik berbicara tentang kematian, kehidupan peluang dan tanggungjawab… kerana dia sendiri akan melalui semua itu. Dia tahu masa itu kian hampir. Ya Allah..betapa tabah hati hamba-Mu itu. Betapa tabahnya hati seorang yang bernama Nurul Syuhada binti Abdullah. Nama yang pernah bertakhta dalam hatiku, pernah mengisi ruang hidupku, pernah menghidupkan dan meniupkan obor perjuanganku dalam menuntut ilmu. Nama yang tidak jemu-jemu mengingatkan serta menyedarkan aku pada tanggungjawab sebenarku… Banyak yang telah dia beri padaku. Semangat dan dorongan sebagai sahabat sejati. Dia juga telah memberi keceriaan padaku. Malangnya,belum sempat aku membalas segalanya. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi sahabatku ini. Sudah lima tahun berlalu. Kini Ramadhan kembali datang bertandang. Tapi jauh di sudut hati ini terasa kosong. Terasa ada yang tiada. Tidak cukup Ramadhan kali ini. Aku tidak berpeluang lagi menatap wajahmu, mendengar kata-kata nasihatmu, membaca sajak-sajak ketuhananmu. Sesungguhnya.. aku rindu padamu,Syuhada. Sahabat sejati dunia dan akhirat. Semoga rohnmu dicucuri rahmat. Bahagialah engkau di sana. Al-Fatihah…
p/s : cite nie mmbe ak bg...cdey kn...ak nk kngsi gak cite yg mmbe ak wat nie dgn kowg sume...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

........penyejuk telinga......

jom kita bg bobo mkn...