Blogger Widgets

check it out

Pages

Wanita Sejati Adalah wanita suri teladan, Lembut tanganmu mampu mengurai seribu masalah, Di bawah ayunan oleh jejari halusmu, Lahirlah cahayamata yang menyinar dunia dengan pancaran keimanan. Kau dilahirkan bersifat penghuni syurga, Lemah lembut, penyantun dan pemalu, Peliharalah maruah dirimu sepanjang waktu dalam berhijab, Perbetulkan lah dirimu selalu kerana ditakuti nafsu mu yang sembilan dan akal mu yang satu tidak mampu mengharungi kemelut dunia yang palsu ini. Dekatkanlah dirimu selalu kepada Allah, Sentiasalah bertaubat dan malu di atas keterlanjuran masa lalu, Bila kau disunting sebagai isteri yang setia, Utamakanlah mengurus rumahtangga, Menjaga amanah dan harta suamimu, Mengasuh dan mendidik anak-anak bagai menatang cahayamata. Muliakanlah ibu bapa dan keluargamu, Taati perintah ALLAH dah jauhkanlah laranganNya, Serta manis dalam menjalankan sunnah Rasul tercinta dan…. Bersyukurlah kerana kau dilahirkan sebagai seorang WANITA…. InsyaAllah kau adalah WANITA SEJATI……..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

........penyejuk telinga......

jom kita bg bobo mkn...